Jumaat, 21 Jun 2019

Di Mana Homestay Teratak Bonda Aping Timur

  Di Mana Homestay Teratak Bonda Aping Timur



Jika anda dari arah kota tinggi beginilah gambaranya sebelum sampai ke gerbang utama Felda Bukit Aping Timur.
Menggunakan WAZE taip sahaja Felda Bukit Aping Timur.

Masuk ikut pintu gerbang seperti di dalam gambar di bawah dan meneruskan perjalanan lebih kurang 700 meter.

Cukup 700meter anda terus melalui gerbang ke 2 ini.Teruskan perjalanan lebih kurang 500 meter
sehingga nampak balai polis.
Balai Polis
 Simpang kanan di situ , dan belok kanan. Anda akan berjumpa Tadika Kemas, Anda sudah hampir sampai tu.
Tadika Kemas

Gambaran di bawah menandakan anda harus membelok ke kanan , selepas melepasi simpang..
Awas..ada side table yang agak tinggi.
 Sampai sahaja di hadapan sekolah Agama..Ikut anak panah merah dan belok ke arah itu
 Kini anda telah sampai ke Homestay   kami.